1

Selamat Datang ke Blog Ilham Reka Dalaman

2

Selamat Datang ke Blog Ilham Reka Dalaman

3

Selamat Datang ke Blog Ilham Reka Dalaman

4

Selamat Datang ke Blog Ilham Reka Dalaman

5

Selamat Datang ke Blog Ilham Reka Dalaman

Isnin, 7 Januari 2013

Ciri-ciri yang penting dalam seni reka bentuk dalaman


i. Ruang
Rekaan yang baik bukan saja dapat memberi keselesaan di dalam bilik tetapi juga menjadikan  ruang yang kecil  kelihatan lebih besar malah dapat menjadikan sebuah ruang itu dengan dwi fungsi!




      ii.Peredaran udara
      Pergerakan arah angin dan udara merupakan faktor penting yang harus diambil kira.


Tingkap atau bukaan di dinding dapat memberi peredaran angin dan udara segar ke dalam dan luar sesebuah bilik 

iii. Pencahayaan
SSaiz dan kedudukan pintu atau tingkap akan menentukan jumlah pencahayaan dalam bilik. Kehadiran pencahayaan semulajadi menambahkan lagi seri sesebuah ruang.

Tingkap yang luas memberi jumlah pencahayaan yang banyak



iv. Saiz perabot 
PPerabot yang terlalu besar tidak sesuai untuk bilik yang kecil dan sebaliknya. Susunan
sserta jenis perabot akan menentukan keselesaan ruang tersebut.



v. Warna
Warna dinding dan lantai haruslah harmoni dengan warna perabot. Untuk menonjolkan bahagian-bahagian tertentu dalam bilik, warna yang kontra dengan warna dinding atau lantai digunakan. Warna yang cerah menyebabkan bilik kelihatan terang.


Warna yang lembut atau cerah akan menambahkan keluasan sesebuah ruang. Manakala warna yang terang akan menceriakan suasana ruang tersebut.

















Elemen-elemen hiasan dalaman


i. Elemen semulajadi
Tumbuh-tumbuhan kecil yang digunakan, kolam air, akuarium, elemen haiwan seperti ikan hiasan dan batu-batan dapat membantu menaikan seri sesebuah ruang.



ii. Elemen buatan manusia
Penampilan gaya sesebuah  perabot mudah alih, perabot binaan serta hiasan sokongan seperti lukisan, arca, cermin dan lain-lain juga memberi impak yang tersendiri apabila digabungkan dengan bijak. Pengunaan jenis bahan kemasan seperti marmar, kayu , kaca dan juga kemasan lembut seperti kain atau kulit pembalut sofa dan juga jenis kain yang digunakan sebagai langsir.

Jenis Perabut


Jenis Lampu
    























Elemen sokongan




Perkara yang perlu diketahui sebelum penghasilan rekaan bentuk dalaman


i.  Fungsi bilik atau ruang
Setiap bilik atau ruang mempunyai fungsi yang berbeza. Oleh itu mengenal pasti kegunaan dan aktiviti ruang tersebut memudahkan pereka bentuk menjana rekaan secara terperinci.

ii. Saiz bilik
Keluasan dan tinggian bilik atau ruang  perlu diambil kira bagi menentukan jenis perhiasan dan jenis perabot yang akan digunakan. Jika ruang atau bilik itu sempit maka pemilihan dan susunatur perabot hendaklah tidak memganggu laluan ruang tersebut.

iii. Bentuk bilik
Bentuk bilik atau ruang mempengaruhi susunatur perabot dalaman. Tidak kira ianya besegi empat tepat , bulat atau berlekok.

iv. Lokasi bilik
Lokasi bilik adalah penting untuk mengetahui arah pencahayaan semulajadi dan aliran pengudaraan dalam bilik tersebut.

Asas Reka Bentuk Dalaman

Seni reka bentuk dalaman merupakan seni merancang susun atur keseluruhan ruang dalaman supaya ia lebih selesa, harmoni dan selamat serta sesuai dengan cita rasa pemiliknya dan juga setiap tetamu yang mengunjunginya.

Proses Reka Bentuk Hiasan Dalaman


1. Menentukan tema dan tajuk bagi sesebuah ruang supaya pereka dapat membantu atau memperkenalkan suasana yang bersesuaian dengan citrasa pengguna.
 
2. Persoalan mengenai keperluan serta senarai catatan harian pengguna amat penting bagi  setiap pereka.
    i.    saiz ruang yang diperlukan atau yang sedia ada
    ii.   jenis ruang dan keperluan ruang tersebut
    iii.  jenis perabot dan hiasan - samada mengunakan perabot baru atau tidak
    iv   siapa penggunanya - orang dewasa, kanak-kanak, lelaki atau perempuan.atau pun orang kurang upaya dan warga emas.
    v.   jumlah penggunanya – samada bilik mesyuarat, dewan kuliah atau pun masjid.

3. Membuat lakaran idea – sketsa

4. Melukis pelan tapak (berdasarkan skala)

5. Melukis lukisan perspektif atau 3 dimensi

6. Proses membina model berskala – atas permintaan pengguna
    i.   membina pelan lantai
    ii.  menyediakan tapak
    iii. menegakkan dinding dan membahagi ruang di samping menentukan kedudukan puntu dan tingkap.
    iv. Melengkapkan model dengan model perabot dan hiasan

7.Proses melukis lukisan terperinci.
   i.    pelan lantai – susunatur perabot dan jenis kemasan lantai
   ii.   pelan siling – berserta kedudukan lampu, kipas dan penghawa dingin.
   iii.  keratan sisi – pandangan bahagian dalam ruang
   iv.  lukisan terperinci perabot pasang bina – kabinet dapur, kabinet pakaian, kabinet pameran, meja mesyuarat dan lain-lain
8.Memastikan sebarang perubahan atau masalah di tapak binaan diselesaikan dengan lukisan yang dipersetujui oleh pemilik.