Isnin, 7 Januari 2013

Ciri-ciri yang penting dalam seni reka bentuk dalaman


i. Ruang
Rekaan yang baik bukan saja dapat memberi keselesaan di dalam bilik tetapi juga menjadikan  ruang yang kecil  kelihatan lebih besar malah dapat menjadikan sebuah ruang itu dengan dwi fungsi!




      ii.Peredaran udara
      Pergerakan arah angin dan udara merupakan faktor penting yang harus diambil kira.


Tingkap atau bukaan di dinding dapat memberi peredaran angin dan udara segar ke dalam dan luar sesebuah bilik 

iii. Pencahayaan
SSaiz dan kedudukan pintu atau tingkap akan menentukan jumlah pencahayaan dalam bilik. Kehadiran pencahayaan semulajadi menambahkan lagi seri sesebuah ruang.

Tingkap yang luas memberi jumlah pencahayaan yang banyak



iv. Saiz perabot 
PPerabot yang terlalu besar tidak sesuai untuk bilik yang kecil dan sebaliknya. Susunan
sserta jenis perabot akan menentukan keselesaan ruang tersebut.



v. Warna
Warna dinding dan lantai haruslah harmoni dengan warna perabot. Untuk menonjolkan bahagian-bahagian tertentu dalam bilik, warna yang kontra dengan warna dinding atau lantai digunakan. Warna yang cerah menyebabkan bilik kelihatan terang.


Warna yang lembut atau cerah akan menambahkan keluasan sesebuah ruang. Manakala warna yang terang akan menceriakan suasana ruang tersebut.

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan