Isnin, 7 Januari 2013

Perkara yang perlu diketahui sebelum penghasilan rekaan bentuk dalaman


i.  Fungsi bilik atau ruang
Setiap bilik atau ruang mempunyai fungsi yang berbeza. Oleh itu mengenal pasti kegunaan dan aktiviti ruang tersebut memudahkan pereka bentuk menjana rekaan secara terperinci.

ii. Saiz bilik
Keluasan dan tinggian bilik atau ruang  perlu diambil kira bagi menentukan jenis perhiasan dan jenis perabot yang akan digunakan. Jika ruang atau bilik itu sempit maka pemilihan dan susunatur perabot hendaklah tidak memganggu laluan ruang tersebut.

iii. Bentuk bilik
Bentuk bilik atau ruang mempengaruhi susunatur perabot dalaman. Tidak kira ianya besegi empat tepat , bulat atau berlekok.

iv. Lokasi bilik
Lokasi bilik adalah penting untuk mengetahui arah pencahayaan semulajadi dan aliran pengudaraan dalam bilik tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan